Resepi Pad Krapow Thai | iCookAsia | Try Masak
Anda pernah makan Krapow tetapi tak tahu cara membuatnya? Jangan risau, kami akan tunjukkan cara untuk membuat krapow. Resepi ini dibuat oleh Chef Danial.

Bahan:
1. Daging cincang 50gram
2. 5 hingga 10 daun selasih
3. Bawang putih 20gram
4. 1 sudu sos tiram
5. 1 sudu sos ikan
6. 2 sudu gula
7. 1 sudu stok serbuk ayam
8. Cili
9. Minyak masak
10. Telur

Cara
1 Panaskan kuali dan masukkan minyak masak
2. Masukkan daging cincang dan kacau hingga masak selama dua hingga tiga minit.
3. Tumis bawang putih , cili, daun selasih selama 20 saat sehingga naik bau.
4. Masukkan sos tiram, sos ikan, gula dan stok serbuk ayam serta kacau sehingga sebati.
5. Keluarkan bahan krapow dan masak telur.

Untuk resepi penuh sila ke laman sesawang kami : http://www.icookasia.com/krapow-thai/

Lawat iCookAsia http://icookasia.com for more recipes.
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia