Resepi Sago Gula Melaka | iCookAsia | Try Masak
Di hari yang panas ini elok kita sejukkan badan kita dengan Sago Gula Melaka. Ia boleh dihidangkan sebagai pencuci mulut. Resepi ini disediakan oleh Hykal Fikri.

Bahan
1 liter air
300 gram sago
1 1/2 blok gula melaka
4 sudu gula
1 helai daun pandan
Susu cair


Cara
1. Rendam sago selama 1 jam.
2. Panaskan 1 liter air kemudian masukkan sago. Apabila masak tapiskan sago.
3. Masukkan pewarna merah ke dalam sago dan gaul sehingga warnanya sekata. Letakkan pada loyang dan ratakan, masukkan ke dalam peti ais.
4. Masukkan 250ml air, kemudian 1 1/2 blok gula melaka, 4 sudu gula dan daun pandan. Masak sehingga bahan tersebut larut.
5. Potong sago mengikut saiz hidangan, masukkan gula melaka yang telah dimasak dan susu cair.

Selamat Mencuba

Untuk resepi penuh sila ke:

Visit iCookAsia http://icookasia.com for more recipes.
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia