Cekodok Kacang Pis | iCookAsia
Mahukan idea masakan untuk anak anda? Cuba Cekodok Kacang Pis ini. Orang dewasa pun boleh makan. Berkhasiat pula tu :)

Resepi ini disediakan oleh Zura

Bahan-bahan
1 mangkuk kacang pis
1 biji lobak
1 helai daun bawang
1 mangkuk tepung
1 sudu teh serbuk penaik
2 sudu besar madu
Sekeping keju
2 biji telur
Air (masukkan sedikit sahaja supaya bahan mudah digaul rata - cair sederhana)

Cara membuat:
1. Masukkan kacang pis, telur & tepung, lenyekkan. Sekiranya kering masukkan air dalam sedikit sahaja supaya mudah digaul hingga rata.
2. Kemudian masukkan bahan-bahan yang seterusnya seperti lobak, daun bawang, baking powder dan madu. Gaulkan sehingga rata.
3. Panaskan kuali dan goreng sehingga masak. Sekitar 10 - 15 minit.
4. Sedia untuk dihidangkan sebagai sarapan pagi untuk anak anda!

Layari http://icookasia.com untuk lebih banyak lagi resepi

Follow kami:
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
#Cekodok #GreenPeas #Fritters