Resepi Gulai Lemak Ayam Cili Api | iCookAsia
Gulai lemak ayam cili api ini sesuai kalau anda rindukan masakan berkuah yang pedas-pedas sikit. Cara membuatnya juga mudah sahaja :)

Resepi ini disediakan oleh Zura.

Bahan-bahan

Bahagian A
3 batang serai
10 biji cili padi
2 cm kunyit hidup
Air secukupnya

Bahagian B
1/2 ekor ayam
2 biji kentang
⅓ cawan santan
1 helai daun kunyit
2 keping asam keping
Garam secukup rasa
Air - (masukkan sedikit bergantung pada jumlah kuah yang anda inginkan)

Cara membuat:
1. Kisar Bahagian A sehingga halus untuk ditumiskan.
2. Panaskan kuali dengan minyak dan tumiskan bahagian A sehingga naik bau dan pecah minyak.
3. Masukkan kentang dan gaulkan sehingga rata. Tunggu kentang separuh masak dahulu kemudian masukkan ayam dan sedikit air.
4. Kemudian masukkan santan dan gaul sehingga rata.
5. Setelah hampir selesai, boleh masukkan daun kunyit yg dipotong halus sebagai hiasan.
6. Siap dan boleh dihidangkan untuk makan tengahari/malam!

Layari http://icookasia.com untuk lebih banyak lagi resepi

Follow kami:
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
#gulai #lemak #ayam