Gulai Ikan Asam Pedas | Citarasa Johor - Resipi Tanjung Puteri | iCookAsia
Walaupun orang dari negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia memanggil masakan kari sebagai gulai, tetapi di Johor masakan gulai tidak mengandungi santan seperti kebanyakan kari. Kuah gulai merahnya pekat dan rasa masam sedikit.

Resepi ini diambil daripada buku Citarasa Johor hasil kerja daripada Datin Kalsom dan Datin Hamidah (Adek). Buku ini telah memenangi "Best in the World" dalam kategori Culinary Heritage di Gourmand International World Cookbook Awards 2015.

Anda boleh mendapatkan buku ini dengan cara berhubung dengan kami di Facebook iCookAsia https://www.facebook.com/icookasia

Anda juga boleh menikmati hidangan ini di Restoran Selasih, Johor Bahru. Sila hubungi +607-219 9999 atau emel [email protected] untuk membuat tempahan.

_______________________________

Pilihan ikan
800 gm ikan parang
¾ cawan minyak masak

Bahan-bahan tumisan dikisar
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup
3 cm halia
2 cm belacan
6 biji isi buah keras
30 biji lada kering, dipotong dan direndam dalam air panas

2 batang serai, dititik

3 sudu besar pes asam jawa
1.5 liter air
2 sudu kecil gula pasir
Garam secukup rasa
Sejemput daun kesum
2 biji buah tomato, dibelah 6

Pilih satu daripada bahan-bahan berikut:
2 mangga muda, buang kulit dan hiris
1 nenas kecil, buang kulit dan hiris
10 biji belimbing buluh, sebiji-sebiji atau dibelah dua
50 gm jeruk kubis, kerat kasar
10 biji bendi muda, kedua-dua hujung dibuang
1 batang terung, belah dua memanjang dan potong melintang 3 cm panjang

Cara membuat
1. Bersihkan ikan dan lumur dengan air asam jawa bercampur garam. Kerat mengikut saiz yang hendak dihidangkan dan dibilas
2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis rencah bersama serai sampai naik bau dan pecah minyak
3. Masukkan pes asam jawa, air dan bahan-bahan lainnya. (Masukkan lada hitam jika ikan sungai digunakan). Didihkan di atas api yang sederhana
4. Masukkan ikan dan pilihan buah atau sayur.
5. Rebus sampai ikan dan sayur masak. Reneh tanpa menutup periuk sampai pecah minyak. Alihkan dari api.

_______________________________
Follow kami:
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
#gulai #ikan #asampedas