Nasi Lemak Sambal Durian | Pasar Seni Central Market Kuala Lumpur | iCookAsia
Pernahkah anda terfikir apa akan terjadi jika kita gabungkan Raja Buah bersama makanan kegemaran rakyat Malaysia? Inilah yang akan anda dapati di Durian Kingdom, Pasar Seni Kuala Lumpur (Central Market Kuala Lumpur)

Anda wajib cuba sendiri Nasi Lemak Sambal Durian mereka. Ia mungkin sesuatu yang baru bagi kita semua. Namun bagi peminat durian, takkan nak lepaskan peluang untuk rasai sendiri keunikan nasi lemak ini kan?

Jika dilihat dari mata kasar, nasi lemak ini akan kelihatan seperti nasi lemak yang lain. Tapi, apabila anda cuba rasai sambalnya, akan ada perbezaan yang sangat unik. Kerana sambal nasi lemak ini dimasak bersama-sama dengan durian yang berkualiti tinggi.

Lepas makan nasi lemak sambal durian ini, jangan lupa cuba Cendol Durian pula. Rasanya memang sangat menyegarkan. Terutamanya di waktu tengah hari yang panas.

Oh ya, jika anda tertanya-tanya, makanan di Durian Kingdom ini berstatus halal.

Durian Kingdom, Central Market Annexe
10 pagi - 9.30 malam

----------------------------------------
Layari website kami di http://icookasia.com untuk lebih banyak lagi video resepi menarik

Follow kami:
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
#nasilemak #durian #cendol
----------------------------------------
Want to be featured in our video? email us at [email protected]
For advertising enquiries, please email to: [email protected]