Ikan Patin Masak Tempoyak - Kancil Raja Patin | iCookAsia
Sebut sahaja Temerloh, makanan yang akan terlintas dalam kepala anda mesti Patin Tempoyak kan? Salah satu restoran yang terkenal disana adalah restoran Kancil Raja Patin. Kini mereka mempunyai cawangan di Danau Kota, Kuala Lumpur.

Seperti restoran patin tempoyak yang lain, Kancil Raja Patin juga membuat 'paste' tempoyak mereka sendiri dari isi durian kampung yang segar. Ia mengandungi beberapa ramuan rempah berbeza yang menyumbang kepada rasanya yang sedap dan unik.

Terdapat dua pilihan lauk iaitu Ikan Patin Gulai Tempoyak dan Ikan Patin Pais. Harga mereka juga berpatutan dan semua sedap-sedap belaka. Kancil Raja Patin di Danau Kota ini juga mempunyai khidmat penghantaran terus ke rumah anda.

Kancil Raja Patin Danau Kota
Jalan 2, 1/23e, Kuala Lumpur
11am - 5pm, Isnin tutup

----------------------------------------
Follow kami:
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia

#kancilrajapatin #patin #tempoyak
----------------------------------------
Want to be featured in our video? email us at [email protected]
for advertising enquiries, please email to: [email protected]