Kebab Jalan TAR | iCookAsia
Warga Kuala Lumpur pasti tahu tentang kewujudan Kebab Jalan TAR ini. Kebab Jalan TAR atau nama rasminya iaitu Syawarma Raihani Kebab boleh dikatakan antara yang terbaik di sekitar Kuala Lumpur.

Kebab 'legend' ini telah beroperasi sejak tahun 1986 lagi. Kalau nak dihitungkan, mungkin anda pun belum dilahirkan lagi.

Mereka menawarkan 2 jenis kebab iaitu Roti (RM4.50) ataupun Pita (RM5.00). Selain itu anda juga boleh menikmati samosa yang dijual dengan harga RM1 sebiji. Keenakan kebab ini terletak pada daging kebab itu sendiri yang diperap menggunakan ramuan khas dan juga sosnya yang unik.

Jika ini kali pertama anda bakal menikmatinya, dinasihatkan anda beli 2 biji terus kerana 1 biji kebab mungkin tidak cukup.

Waktu operasi: 12 pm - 6.30pm
Tutup hari Ahad
010-367.1763 (Call sahaja)
----------------------------------------
Follow kami:
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia

#kebab #jalanTAR #syawarmakebab
----------------------------------------
Want to be featured in our video? email us at [email protected]
for advertising enquiries, please email to: [email protected]