Laksa Sarang Burung Kuala Kangsar | iCookAsia
Laksa Sarang Burung ini merupakan hidangan wajib yang perlu anda cuba di Kuala Kangsar. Terletak di dalam kawasan kampung dan bersebelahan dengan bendang, tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa pasti akan mendamaikan suasana petang disini.

Walaupun ia hanyalah kedai kampung sahaja, tapi menu disini memang banyak. Antaranya selain dari Laksa Sarang Burung adalah Mee Pak Abu, Puri, Puri Coklat, Puri Coklat Cheese dan Ais Batu Campur.

Ada waktu yang pelanggan disini agak ramai dan anda mungkin perlu tunggu seketika. Namun sebaik hirupan pertama, kelazatan rasa asli kuah laksa bersama laksa yang dihiasi dengan telur sarang pasti akan menghilangkan lelah penantian anda.

Bagi yang ingin mencuba boleh ke Warung Telaga ini yang terletak di Kampung Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar.

There's this unique and good food in Kuala Kangsar and it is called Laksa Sarang Burung. It's a Northern style Malay Laksa with a twist; an omelet fried to look like a bird's nest put on top!

What's even more interesting is that the stall selling this, Warung Telaga, is set in a kampong called Kampung Kota Lama Kiri.

You definitely do not want to miss a chance to try it if you are in Kuala Kangsar.

----------------------------------------
Follow kami:
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia

#laksa #sarangburung #kualakangsar
----------------------------------------
Want to be featured in our video? email us at [email protected]
for advertising enquiries, please email to: [email protected]