Nasi Kandar Uncle Botak Original Penang Mai...Gearbox Lembut Punya Nak Habaq!
Tak sempat buka gerai, dah bersusun pelanggan beratur nak lepaskan mengidam, sedap dia memang susah nak habaq. Kari gearbox kambing dan lembu dia, tak ada gigi pun boleh makan. Sebab Uncle Botak gunakan teknik Sous-Vide, gerenti daging empuk dan cair dalam mulut.

Digabungkan dengan tiga kuah istimewa, Kari Ikan Bawal, Daging Masak Hitam dan Kari Ayam. Air rebusan gearbox digunakan untuk memasak Daging Masak Hitam bagi menambah rasa.

Semua rempah didatangkan khas dari Meera Sahib, Penang. Jadi confirm la original Penang mai. Digabungkan pula dengan resepi turun temurun ibunda tercinta, makin 'double' sedap jadinya.

Nasi kandar ori Penang wajib dimakan bersama bawang goreng, untuk apa? Supaya rasa lebih menyerlah dalam setiap gigitan.

Pesan Uncle Botak lagi, masa terbaik untuk menikmati nasi kandar ialah sejam selepas lauk dimasak, supaya pati lebih serasi dan keluar minyak. Barulah umphhh

Nasi Kandar Uncle Botak terletak di Food Valet, Sungai Ramal Dalam, Kajang. Buka setiap hari kecuali Jumaat dari jam 11 pagi - 10 malam.

Want to be featured in our video? email us at [email protected]
----------------------------------------
Visit iCookAsia for more recipes: http://icookasia.com for more recipes.
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
--------------------
for advertising enquiries, please email to: [email protected]