Resipi Taucu Pucuk Ubi. Ratah Macam Tu Pun Sedap. KHAS UNTUK PEMINAT ULAM
Taucu, nak masak apa ya? Ikan taucu? Lagi? Ikan taucu? Dan ikan taucu. Itulah menu yang pertama terlintas jika ingin memasak taucu. Betul tak?

Jangan hadkan kreativiti, luaskan lagi penerokaan gastronomi. Tidak salah mencuba, lebih-lebih lagi jika ingin memenuhi tembolok sendiri. Apa yang pasti, taucu ada peminat tersendiri dan menggabungkannya dengan pucuk ubi merupakan satu langkah bijak.

Jika mahu dijadikan ulaman, masukkan hanya sedikit air dan masak sehingga kering. Ratah macam tu pun sedap. Tak percaya? Cubalah.

Bahan :
1 ikat pucuk ubi – potong 1 inci dan rendam dengan air garam
1 sudu besar sos tiram

Bahan tumbuk (tumbuk kasar) :
2 sudu besar taucu
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang besar
Sedikit ikan bilis
4 biji cili padi

Cara :
Panaskan minyak, kemudian tumis bahan tumbuk sehingga garing.
Selepas itu, masukkan sos tiram. Kacau sebati.
Apabila sudah garing, masukkan pucuk ubi. Gaulkan agar sebati. Barulah masukkan sedikit air.
Masak sehingga pucuk ubi empuk.


Beli barang dapur online dengan mudah!:
1. Cookware Essential : http://bit.ly/2LbJVVL
2. Kitchen Blender: http://bit.ly/39e8Umj
3. Air Fryer: http://bit.ly/36gcxX2
4. Electric Oven : http://bit.ly/2ZXEiS5
5. Induction Cooker : http://bit.ly/2QlRgG0

Want to be featured in our video? email us at [email protected]
----------------------------------------
Visit iCookAsia for more recipes: http://icookasia.com for more recipes.
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
--------------------
for advertising enquiries, please email to: [email protected]