Bomboloni Lembut Dan Gebu Gebas. Ikut Step By Step Pasti Jadi
Merupakan donut yang dimodenkan dan dilimpahi dengan pelbagai perasa dan yang paling popular pastinya Nutella. Langkahnya cukup mudah namun memerlukan ketelitian dan jangan sesekali menderhaka dengan resipi.

Krim Donut.

Untuk doh:
⅔ cawan susu
7g yis kering
3 ½ cawan tepung
⅓ cawan gula kastor
1 sudu kecil garam
3 biji telur
7 sudu besar mentega lembut
Tepung untuk mengaduk adunan di permukaan
Minyak masak saji untuk mengoreng
Gula kastor (untuk mengulung donut)

Untuk Krim:
2 cawan susu
115 g gula kastor
2 kuning telur + 1 telur
¼ cawan tepung jagung
1 sudu kecil vanila
2 sudu besar mentega
½ cawan krim putar
1 sudu besar serbuk matcha teh hijau - campur 1 sudu besar air panas
1 sudu besar serbuk koko - campur 1 sudu besar air panas

Cara :
1. Campurkan susu sedikit panas dengan yis, kacau dahulu dan kemudian letak tepi.
2. Dalam mangkuk adunan, letakkan tepung serba guna, 1/3 cawan gula, dan garam ke dalam mangkuk dan gaulkan sehingga sekata.
3. Tuang campuran yis dan 3 biji telur ke dalam tepung dan pukul dengan perlahan dengan pemukul. Kemudian pukul dengan kelajuan tinggi.
4. Apabila tidak ada lagi kelihatan tompokan tepung di permukaan, masukkan mentega.
5. Teruskan memukul doh selama 5 minit sehingga ia terbentuk.
6. Letakkan adunan ke atas permukaan yang ditabur dengan tepung agar ia tidak melekat pada permukaan apabila dibentukkan seperti bola, pastikan mangkuk sudah disapukan mentega dan letak adunan tersebut ke dalam mangkuk.
7. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastik wrap. Biarkan selama 1 jam suhu hangat seperti bilik.
8. Setelah kembang, bentukkan doh 12’ x 12’ dan potong 3.5’ bulat dan bentukkan 9-12 keping bola.
9. Letakkan tepung diatas permukaan tray, biarkan berehat selama 2 jam sebelum mengoreng pada suhu 150’C letakkan ditepi selama 2-3 minit. Setelah donut siap digoreng, taburkan gula kastor sementara ia masih suam panas.
10. Sediakan krim pastri dengan campuran susu, ¼ cawan gula biarkan ia perlahan-lahan mendidih sehingga gula larut.
11. Di dalam mangkuk adunan, campurkan telur kuning, telur, gula, dan tepung jagung.
12. Setelah susu mendidih, masukkan sedikit demi sedikit telur dan kacau sehingga sebati dan menjadi tekstur yang lembut. Masak dengan api yang perlahan, setelah krim menjadi likat, masukkan mentega dan gaul sehingga rata. Letak ditepi tunggu sehingga sejuk.
13. Sementara menunggu krim pastri sejuk, pukul krim putar sehingga kembang dan bahagikan kepada 3 mangkuk.
14. Dalam mangkuk pertama, campurkan serbuk matcha bersama dengan ⅓ krim pastri yang sejuk dan lipat untuk dicampur.
15. Mangkuk yang kedua, campurkan serbuk koko, bersama dengan ⅓ krim pastri yang sejuk dan lipat untuk dicampur.
16. Mangkuk yang ketiga, campurkan extrak vanila, bersama dengan ⅓ krim pastri yang sejuk dan lipat untuk dicampur.
17. Letakkan ketiga-tiga krim tersebut didalam piping beg dan boleh lah isi pada setiap donut.
18. Sedia untuk dimakan!

Beli barang dapur online dengan mudah!:
1. Cookware Essential : http://bit.ly/2LbJVVL
2. Kitchen Blender: http://bit.ly/39e8Umj
3. Air Fryer: http://bit.ly/36gcxX2
4. Glass Top Gas Stove : http://bit.ly/377ZF5f
5. Induction Cooker : http://bit.ly/2QlRgG0

Want to be featured in our video? email us at [email protected]
----------------------------------------
Visit iCookAsia for more recipes: http://icookasia.com for more recipes.
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
--------------------
for advertising enquiries, please email to: [email protected]