Resipi Burnt Chocolate Cheesecake Rasa PREMIUM | iCookAsia
Burnt Chocolate Cheesecake mempunyai rasa yang simple tetapi begitu nikmat! Kek ini sebenarnya mudah sahaja untuk dihasilkan di rumah. Bahan yang diperlukan pun tak sampai 10 bahan :)

Bahan Cake:
130gm Dark chocolate
250gm Cream cheese
60gm Gula Kastor
1 Biji Telur Kuning
2 Biji Telur
6gm Tepung Jagung
5gm Cocoa powder
130gm Whipping cream
8 inch Loyang Bulat
1 Layer baking paper

Bahan Sauce:
1 Cawan Susu Segar
50gm Cocoa Powder
1 ½ Sudu Besar Tepung Jagung
60gm Gula Kastor
2 Sudu Besar Butter

Cara:
1. Masukkan 250gm cream cheese dan 60g gula kastor, pukul hingga ringan
2. Kemudian masukkan 1 Biji Telur kuning dan pukul hingga sebati
3. Masukkan 2 biji telur dan sambung pukul selama 2 minit.
4. Kemudian masukkan 6g tepung jagung dan 5g cocoa powder. Tapis sebelum campur dalam adunan supaya tidak bergumpal. Pukul lagi selama 2 minit.
5. Masukkan 130g dark chocolate yang dah dicarkan, pukul selama 1 minit
6. Dan akhir sekali masukkan 130g whipping cream dan gaul hingga rata.
7. Alas Loyang dengan baking paper, kedutkan bahagian tepi baking paper untuk Nampak cantik.
8. Masukkan adunan ke dalam Loyang dan bakar selama 25 minit dengan suhu 220 C.

9. Selepas masak, sejukkan cake dalam peti ais sekurangnya 6 jam atau semalaman untuk pastikan bahagian tengah cake cantik bila dipotong.

Cara: Chocolate Sauce
1. Masukkan 1 cawan susu, 50gm cocoa powder, 1 ½ sudu besar tepung jagung, 60gm gula kastor.
2. Kacau adunan dengan api yang sederhana sehingga mendidih dan masukkan 2 sudu besar butter dan kacau hingga sebati. Jangan kacau lama sangat lepas mendidih nanti cokelat akan hangit.
10. Potong cake tadi dan curahkan chocolate sauce di atas.
11. Siap.


Want to be featured in our video? email us at [email protected]
----------------------------------------

Visit iCookAsia for more recipes: http://icookasia.com for more recipes.
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
--------------------
for advertising enquiries, please email to: [email protected]

#BurntCheesecake #RayaAidilAdha #iCookAsiaResepi