Mango Chicken Ala Thai. Sekali Cuba Pasti Nak Lagi! | iCookAsia
Resepi Mango Chicken ini memang popular di kebanyakan restoran Thai dan juga hotel-hotel. Masakan ini simple, rasanya ada sedikit masam, manis dan rangup. Sedap dimakan bersama nasi
putih atau diratah begitu sahaja.

Bahan bahan:


GORENG AYAM
500gm Isi Ayam
1 Sudu teh Chili Powder
½ Sudu teh Black Pepper
2 Sudu teh Tepung Jagung
2 Sudu Besar Tepung
1 Sudu teh lemon juice
Garam
Minyak secukupnya

MANGO PASTE
1 Biji Isi Mangga
2 Biji Cili Padi
3 Biji Bawang Putih

SOS
½ Cawan Madu
3 Tangkai Cili Kering
½ Biji Capsicum
½ Sudu The Chilli Powder
2 Sudu Besar Sos Cili
Garam

GARNISH
Daun Bawang
Bijan

Cara:
1. Gaul kan isi ayam dengan 1 Sudu teh Chili Powder, ½ Sudu teh Black Pepper, 2 Sudu teh Tepung Jagung, 2 Sudu Besar Tepung, 1 Sudu teh jus lemon dan garam.
2. Kemudian goreng sehingga isi ayam nampak kekuningan. Angkat dan tos kan minyak
3. Kisar Isi Mangga, 2 Biji Cili Padi dan 3 Biji Bawang Putih sehingga menjadi paste.
4. Panaskan kuali dan masukkan Madu, kacau madu dengan api sederhana supaya tak hangus hingga mendidih dan masukkan paste mangga tadi.
5. Kacau sehingga sebati selama 3-5 minit dan masukkan ½ Sudu teh Chilli Powder dan Garam, kacau hingga rata.
6. Seterusnya masukkan 2 Sudu Besar sos cili dan kacau lagi selama 30 saat.
7. Masukkan 3 tangkai cili kering, kalau suka pedas masuk lebih sikit dan masukkan ½ biji capsicum yang di potong dice dan kacau selama 3 minit.
8. Last sekali masukkan ayam tadi dan gaul hingga sebati dan sedia untuk dihidang.
9. Bilang dah hidang dalam pinggan, campak sikit daun bawang dan bijan untuk Nampak cantik.
10. Siap

Want to be featured in our video? email us at [email protected]
----------------------------------------
Visit iCookAsia for more recipes: http://icookasia.com for more recipes.
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
--------------------
for advertising enquiries, please email to: [email protected]

#AyamGoreng #MangoChicken #iCookAsiaResepi