Resipi Chesee Stick Pelbagai Perisa. Ada Rasa Parmesan dan Seaweed | iCookAsia
Kebiasaanya Cheese Stick ini dibuat menggunakan doh. Tetapi untuk resipi kali ini, Chef Lin akan kongsikan cara mudah dengan menggunakan puff pastry sahaja. Jom try!

Cadangan hidangan: 4-5 orang

Bahan-bahan:
3 keping Pastri lapis (Puff Pastry)
1 biji Telur
1 sudu kecil AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa
1 sudu besar Mentega tanpa garam
3 ulas Bawang putih, dicincang
2 helai Rumpai laut (seaweed), dikisar halus
2 sudu besar Keju parmesan, diparut

Peralatan yang diperlukan:
Berus masakan
Kertas pembakar

Cara menyediakan:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180°c.
2. Sediakan 3 pastri lapis berukuran 8 × 6 inci.
3. Pukul telur dan sapukan pada ke semua pastri.
4. Taburkan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa di atas setiap kepingan pastri.
5. Gaul mentega bersama bawang putih. Sapukan pada kepingan yang pertama dan taburkan sedikit keju parmesan. Ketepikan.
6. Taburkan rumpai laut dan keju parmesan pada kepingan kedua.
7. Pada kepingan ketiga, taburkan keju parmesan sahaja.
8. Potong setiap kepingan memanjang (1/2 inci).
9. Putarkan setiap kepingan memanjang dan susun di atas dulang membakar yang dilapikkan dengan kertas pembakar.
10. Bakar selama 20 minit dan sedia dihidang.


Jom dapatkan barangan dapur yang BERKUALITI di - https://shop.icookasia.com/

Want to be featured in our video? email us at [email protected]
----------------------------------------
Visit iCookAsia for more recipes: http://icookasia.com for more recipes.
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
--------------------
for advertising enquiries, please email to: [email protected]