Resipi Honey Butter Chicken ala Kyochon .Tak Cukup Makan Satu! | iCookAsia
Kalau haritu Chef Lin kongsikan dengan kita resipi Korean Fried Chicken, kali ni Chef Lin kongsi pula resipi Honey Butter Chicken. Ayam ni digoreng sama seperti Ayam Goreng Korea, iaitu menggunakan teknik double-fry. Ini akan membuatkan ayam goreng kita lebih crispy. Kalau makan ayam goreng crispy yang disalut dengan rasa butterish dan manis-manis madu tu, confirm tak cukup seketul!

HONEY BUTTER CHICKEN

500g ayam, dipotong
½ sudu kecil garam
¼ sudu kecil serbuk lada hitam
1 biji telur
3 sudu besar kanji kentang
3 sudu besar tepung serbaguna
½ sudu kecil serbuk penaik
Minyak untuk menggoreng

Untuk Sos Madu Mentega:
4 sudu besar mentega
2 ulas bawang putih, dicincang
1¼ sudu besar gula perang
1½ sudu kecil kicap manis
2 sudu kecil madu

Method:
1. Gaul ayam dengan garam dan serbuk lada hitam.
2. Pukul telur, kanji kentang, tepung dan serbuk penaik. Gaul dengan ayam.
3. Panaskan minyak, goreng ayam sehingga kekuningan. Angkat.
4. Panaskan minyak semula, goreng sekali lagi sehingga keperangan. Angkat.
5. Untuk Sos: Panaskan mentega dan bawang putih sehingga wangi.
6. Masukkan kicap dan gula, kacau sehingga larut. Padamkan api.
7. Masukkan madu dan kacau sekejap.
8. Masukkan ayam dan gaul rata.

Jom dapatkan barangan dapur yang BERKUALITI di - https://shop.icookasia.com/

Want to be featured in our video? email us at [email protected]
----------------------------------------
Visit iCookAsia for more recipes: http://icookasia.com for more recipes.
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
--------------------
for advertising enquiries, please email to: [email protected]

#HoneyButterChickenAlaKyochon #ResepiAyamGorengViral #iCookAsiaResepi