Kami Try Masak Ayam Gunting Twisties Style Pasar Malam. Salah Step Pun, Masih Sedap! | iCookAsia
Kalau pergi pasar malam, memang Ayam Gunting antara hidangan yang ramai akan beli. Sebelum anda beli tu, apa kata kita cuba buat sendiri mengikut resepi daripada seorang penggun Facebook ini.

AYAM GUNTING TWISTIES (Inspired by Nana Ruzanna)

Bahan-bahan:
Tepung Bestari
1 cawan air
½ sudu kecil serbuk cili
½ sudu kecil serbuk perisa

Dada Ayam
1 packet Keropok Twisties BBQ
1 packet Keropok Twisties Cheese

Cara penyediaan:
1. Hiris nipis bahagian dada ayam. Tumbuk-tumbuk bahagian dada ayam yang telah dihiris.
2. Perap ayam dengan tepung bestari lebih kurang setengah jam. Bancuh tepung dengan sedikit air supaya tepung dapat meresap ke dalam. Nak pedas, guna yang perasa pedas. Tak tahan pedas, guna yang perasa Original.
3. Selepas perap, salutkan ayam dengan tepung bestari. Kali ini tidak perlu bancuh dengan air, salutkan ayam dengan tepung dan terus goreng.
4. Sementara menggoreng ayam, kisar halus keropok Twisties perasa BBQ. Campur sekali dengan serbuk cili dan serbuk sesedap rasa atau setengah kiub pati ayam
5. Angkat ayam dan salutkan ayam dengan hasil kisaran keropok tadi.

Tips:
*Pastikan lepas angkat terus salut. Kalau sejuk ayam tu susah nak melekat nanti.
**Untuk dapatkan salutan yang sekata, masukkan bahan blender dalam bekas bertutup, masukkan ayam dan goncang.

Untuk kanak-kanak, boleh buat Ayam Gunting salut perisa Twisties Cheese, cara popcorn.

8. Guna cara yang sama macam ayam gunting. Bezanya, ayam potong kecik dan untuk salutan guna Twisties perisa Cheese.

Siap! Selamat mencuba!

Kredit resepi: Nana Ruzanna (https://www.facebook.com/ruzannayunus)

Jom dapatkan barangan dapur di - https://shop.icookasia.com/

#AyamGuntingTwisties #StreetFood #iCookAsia

Want to be featured in our video? email us at [email protected]
----------------------------------------
Visit iCookAsia for more recipes: http://icookasia.com for more recipes.
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
--------------------
for advertising enquiries, please email to: [email protected]