Buat Biskut Coklat Chips Tanpa Menggunakan Oven. Bakar Atas Api Pun Boleh. Mudah Je! | iCookAsia
Anda tidak mempunyai Oven/ Microwave di rumah untuk membuat Biskut? Jangan risau, disini Chef Lin kongsikan cara dan resepi membuat Biskut Coklat Chop dengan membakar hanya menggunakan SHEFU 32cm Aluminium Wok sahaja. Mudah kan?

BISKUT COKLAT CIP

Bahan-bahan:
1/3 cawan minyak canola/jagung*
1 biji telur Gred A
1¼ cwn tepung serbaguna
1/3 cawan gula perang (padatkan)
1/3 cawan gula kastor
½ sudu kecil vanila
½ sudu kecil soda penaik
¼ sudu kecil garam
½ cawan cip coklat kurang manis
¼ cawan walnat, dibakar & cincang kasar

Cara Membuat:
1. Pukul telur perlahan sehingga kembang.
2. Campurkan dengan minyak, gula perang, gula kastor dan vanila. Pukul rata.
3. Masukkan tepung, soda penaik dan garam, kacau sebati.
4. Tambah cip coklat dan kacau rata.
5. Sudukan ke dalam pan 32cm yang beralas kertas silikon.
6. Tutup, masak atas api perlahan sehingga keperangan.
7. Terbalikkan dan masak lagi sehingga keperangan.
8. Angkat dan biar sejuk sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

*Elak guna minyak kacang atau minyak zaitun kerana ia mengubah rasa biskut.

Jom dapatkan 32cm Aluminium Wok di - https://shop.icookasia.com/

#Cookies #ChocolateChips #iCookAsia

Want to be featured in our video? email us at [email protected]
----------------------------------------
Visit iCookAsia for more recipes: http://icookasia.com for more recipes.
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
--------------------
for advertising enquiries, please email to: [email protected]