Kami Try Masak Ayam Sos Tiram Pedas Style Che Nom. Sedap Betul, Rugi Kalau Tak Cuba! | iCookAsia
Sos Tiram kebiasaannya digunakan sebagai pelengkap rasa pada satu masakan kan? Kali ini, mengikut resepi Che Nom, Sos Tiram dijadikan bahan utama dalam masakan. Rasanya memang sangat sedap. Rugi korang tak cuba tau!

AYAM SOS TIRAM PEDAS (Inspired by @Che Nom)

Bahan untuk Perapan:
Ayam
1 1/2 sudu kecil tepung jagung
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap manis

Caranya: Campurkan semua bahan dan gaul sebati bersama ayam. Perap selama 10 minit.

Bahan lain:
3 ulas bawang putih
1/2 biji bawang holland
6-10 biji cili padi
Daun bawang
1 1/2 sudu besar sos tiram
Sedikit Serbuk Berperisa
1/2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar tepung jagung + 3 sudu besar air
Air secukupnya

Cara memasak:
1. Tumis bawang holland dan bawang putih terlebih dahulu. Selepas sudah garing, angkat dan ketepikan.
2. Dalam kuali dan minyak yang sama, masukkan ayam yang sudah di perap tadi.
3. Kemudian, masukkan sos tiram, serbuk perasa dan air lebihan perapan. Gaul sebati.
4. Masukkan cili padi, kicap manis dan daun bawang.
5. Untuk lebih berkuah, masukkan air bancuhan tepung jagung. Kalau tak cukup lagi, boleh tambah air lagi.
6. Akhir sekali, barulah masukkan bawang yang telah digoreng tadi.
7. Tabur daun bawang lagi sebagai hiasan.

Kredit resepi: Che Nom (https://youtu.be/eDGYkbwAyCY)

Jom dapatkan barangan dapur yang BERKUALITI di - https://shop.icookasia.com/

#AyamSosTiram #CheNom #iCookAsia

Want to be featured in our video? email us at [email protected]
----------------------------------------
Visit iCookAsia for more recipes: http://icookasia.com for more recipes.
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
--------------------
for advertising enquiries, please email to: [email protected]