Rendang Ayam Pedas Perak dan Ketupat. Ini Style Masak Orang Utara Paling Sedap! | iCookAsia
Rendang bukannya hanya boleh dimakan pada Hari Raya Pertama sahaja. Sepanjang Raya boleh. Kalau anda dah buat hidangan Rendang, apa kata cuba buat cara masakan Rendang yang berlainan ini. Tak salah kan cuba resepi baru? Jom masak!

Ketupat⁣
Bahan-bahan:⁣
1 kg beras, dibersihkan & tus⁣
2 sudu besar Garam Gunung SAJI⁣
2 helai daun pandan, disimpulkan⁣
15-20 kelongsong ketupat⁣

Cara Membuat:⁣
1. Selitkan pangkal dua hujung kelongsong.⁣
2. Kuakkan bahagian bawah, isikan 1/3 penuh dengan beras.⁣
3. Buat potongan kecil pada daun, selitkan hujung daun untuk menutupnya dengan kemas.⁣
4. Jerang air, garam dan daun pandan di dalam periuk besar.⁣
5. Rebus ketupat selama 3-4 jam atau sehingga masak.⁣

Rendang Ayam Pedas Perak⁣
Bahan-bahan:⁣
1.3 kg ayam, dipotong⁣
½ cawan pes cili⁣
2 keping asam gelugur⁣
500ml Santan SAJI⁣
1-2 cawan air⁣

Bahan A:⁣
¼ cawan kelapa parut putih, digoreng keperangan & tumbuk sedikit⁣
1 helai daun kunyit, dihiris halus⁣
2 sudu besar gula merah/melaka⁣
2 sudu kecil Garam Gunung SAJI⁣

Bahan Hiris Halus:⁣
250g bawang merah⁣
4 cm halia⁣
4 batang serai⁣

Cara membuat:⁣
1. Jerang ayam dan semua bahan lain kecuali Bahan A di dalam kuali.⁣
2. Masak dan kacau sekali-sekala sehingga mendidih.⁣
3. Kecilkan api dan renihkan sehingga terbit minyak.⁣
4. Masukkan Bahan A. Masak lagi sehingga agak kering.⁣

Jom dapatkan barangan dapur yang BERKUALITI di - https://shop.icookasia.com/

#RendangAyam #Ketupat #iCookAsia

Want to be featured in our video? email us at [email protected]
----------------------------------------
Visit iCookAsia for more recipes: http://icookasia.com for more recipes.
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
--------------------
for advertising enquiries, please email to: [email protected]