Menu Wajib Pada Hari Raya, Kuah Lodeh, Nasi Impit & Sambal Udang. Mudah dan Sedap! | iCookAsia
Tidak terlambat lagi untuk buat hidangan wajib pada Hari Raya ni, iaitu Kuah Lodeh dan Nasi Impit. Di tambah pula dengan Sambal Udang, wah lagi syok! Jom belajar buat bersama Chef Lin. Rugi kalau tak cuba tau.

Kuah Lodeh⁣
Bahan-bahan:⁣
500ml Santan SAJI⁣
1 liter air⁣
1 batang serai, diketuk⁣
¼ inci lengkuas, diketuk⁣
½ sudu kecil serbuk kunyit⁣
¼ biji sengkuang, dihiris⁣
½ batang lobak merah, dihiris⁣
6 tangkai kacang panjang, dihiris⁣
¼ bahagian kubis kecil, dihiris⁣
1 biji terung ungu, dibelah 4⁣
40g fucuk, rendam & potong⁣
1 keping tauhu*⁣
1 keping tempe*⁣
15g suhun, direndam & potong⁣
2 sudu kecil Garam Gunung SAJI⁣
1 sudu kecil Gula SAJI⁣

Bahan Kisar⁣
1 biji bawang besar⁣
2 biji bawang merah⁣
2 ulas bawang putih⁣
1 inci kunyit hidup⁣
20g udang kering, direndam & tus⁣

Cara Membuat:⁣
1. Jerang bahan kisar, 300ml santan, air, serai dan lengkuas sehingga mendidih.⁣
2. Masukkan serbuk kunyit, sengkuang, lobak merah, kacang panjang, kubis, terung dan fucuk.⁣
3. Apabila empuk, masukkan tauhu, tempe dan baki santan.⁣
4. Masak sehingga mendidih. Masukkan suhun dan masak sehingga lembut.⁣

*Potong dadu, gaul serbuk kunyit dan garam kemudian goreng keemasan.⁣

Sambal Udang⁣
Bahan-bahan:⁣
1/3 cawan Minyak SAJI⁣
½ -¾ cawan pes cili⁣
¼ cawan jus asam jawa⁣
½ cawan air⁣
500g udang sedang, dibuang kulit kecuali ekor⁣
1 biji bawang besar, dihiris bulat⁣
1 sudu kecil Garam Gunung SAJI⁣
1 sudu kecil Gula SAJI⁣

Bahan Kisar:⁣
5 biji bawang merah⁣
2 ulas bawang putih⁣
1 cm halia⁣

Bahan Sampingan:⁣
Nasi impit, didadu⁣
Telur rebus, dibelah 2⁣

Cara Membuat⁣
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga wangi.⁣
2. Masukkan pes cili, masak sehingga naik minyak.⁣
3. Tambah jus asam jawa dan air. Untuk lebih kuah, tambah air.⁣
4. Masak dan kacau sehingga mendidih.⁣
5. Masukkan udang, bawang besar, garam dan gula.⁣
6. Apabila udang masak, angkat dan hidangkan.⁣

Jom dapatkan barangan dapur yang BERKUALITI di - https://shop.icookasia.com/

#ResepiRaya #KuahLodeh #iCookAsia

Want to be featured in our video? email us at [email protected]
----------------------------------------
Visit iCookAsia for more recipes: http://icookasia.com for more recipes.
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
--------------------
for advertising enquiries, please email to: [email protected]