Hidangan Terbaik Yang Boleh Buat Anda Terliur, Iaitu Ikan Siakap Cheesy Buttermilk | iCookAsia
Biasa buat menu buttermilk ni dengan Ayam atau Sotong kan? Haa, kali ini jom bersama Chef Lin dan SAJI Malaysia, memberi kelainan dalam menu ini dengan menggunakan Ikan Siakap dan memasak menggunakan teknik 'flying'. Menarik kan? Jom cuba!

Resipi Siakap Cheesy Buttermilk

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap, dibersihkan
¼ cawan tepung jagung
5 sudu besar mentega
2 sudu besar bawang Holland cincang
2 ulas bawang putih, dicincang
2-3 biji cili padi, hiris
1 tangkai daun kari
1 cawan Krimer Sejat Cair SAJI
3-4 keping keju cheddar
1 sudu kecil tepung jagung + air jadi pes
½ sudu kecil Garam Gunung SAJI
¼ sudu kecil gula
Minyak Masak SAJI untuk menggoreng

Bahan Hiasan:
Daun ketumbar, daun parsli, ceri tomato, cili padi dll

Cara membuat:
1. Cara untuk buat ‘flying fish’ (ikan terbang).
2. Salut ikan dengan tepung jagung sebanyak 2 kali.
3. Panaskan Minyak Masak SAJI.
4. Masukkan ikan perlahan-lahan ke dalam minyak.
5. Senduk minyak untuk memasak bahagian atas ikan.
6. Apabila ikan masak, angkat.
7. Di dalam kuali lain, cairkan mentega.
8. Goreng bawang Holland sehingga wangi.
9. Masukkan bawang putih, cili padi, daun kari. Kacau sehingga wangi.
10. Perlahankan api. Masukkan Krimer Sejat Cair SAJI, keju, Garam Gunung SAJI dan gula kemudian kacau.
11. Apabila mendidih, tambah pes tepung jagung.
12. Kacau sehingga pekat sedikit. Sendukkan ke atas ikan.

Jom dapatkan barangan dapur yang BERKUALITI di - https://shop.icookasia.com/

#IkanSiakap #Buttermilk #iCookAsia

Want to be featured in our video? email us at [email protected]
----------------------------------------
Visit iCookAsia for more recipes: http://icookasia.com for more recipes.
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
--------------------
for advertising enquiries, please email to: [email protected]