Sate Indonesia, Sate Madura. Dah 10 Tahun Buka Gerai Sate di Kota Bekasi, Jawa Barat? | iCookAsia
Hidangan Sate ini bukan sahaja terdapat di Malaysia, tetapi juga di Indonesia. Paling senang didapati dari street food di sana. Ada Sate Madura, Sate Padang dan Sate Taichan.

Untuk episod kali ini, jom kita tengok hidangan Sate Madura, yang juga dipanggil sebagai Sate Ayam/Kambing ini berasal dari Madura, sebuah pulau yang terletak di Jawa Timur. Dihidang bersama campuran sos kacang dengan kicap manis (kecap Manis). Selain itu, terdapat juga 'saus kecap' (kicap Sauce) yang terbuat dari kicap manis, bawang merah, cili dan cili hijau.

Di Indonesia, Sate Ayam ini dijual bersama dengan Sate Kambing. Harga untuk Sate Kambing ini lebih mahal daripada Sate Ayam.

Harga Sate Ayam sekitar Rp 15.000-20.000 (RM 4.30-6) dan setiap bahagian yang digunakan terdiri dari 10 sate. Tetapi akan ditambah Rp 2.000 (RM 0.60) untuk lontong. Menarik tak? Ada yang teringin nak cuba?

#IndonesiaStreetFood #SateMadura #iCookAsia

Want to be featured in our video? email us at [email protected]
----------------------------------------
Visit iCookAsia for more recipes: http://icookasia.com for more recipes.
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
--------------------
for advertising enquiries, please email to: [email protected]