Kami Try Masak Resepi Perapan Kambing Bakar. Rasa Memang Sedap Berjus! | iCookAsia
Raya Haji semaking tiba, korang dah plan nak masak apa? Sedap ni kalau dapat hidangan Kambing. Nak pula, dengan cara perapan yang dikongsikan oleh Yana Rashid daripada Facebook ini. Memang sedap berjus bila bakar cara begini. Jom try masak!

KAMBING BAKAR (Inspried by Yana Rashid)

Bahan-bahan:
Daging Kambing
1/2 Kiub ayam
2 sudu besar Sos cili
1 ½ sudu besarSos tomato
1 sudu besar Sos tiram
1 sudu besar blackpepper
1 sudu kecil Dried rosemary
1 sudu kecil Dried basil
1 sudu kecil Dried oregano
1 sudu kecil Lada hitam
1 biji Bawang putih (ditumbuk halus)
Madu

Cara membuat:
1. Di dalam mangkuk, campurkan sos cili, sos tomato, sos tiram, dan sos blackpepper. Gaul sebati dan masukkan madu.
2. Lumur kiub ayam pada daging kambing, diikuti dengan bawang putih yang telah ditumbuk, serbuk blackpepper, rosemary, oregano dan dried basil.
3. Kemudian masukkan dan gaul sebati daging ini dengan campuran sos sebentar tadi. Perap 3 ke 4 jam. Lagi lama lagi sedap.
4. Selepas itu, bakar seperti biasa dengan menggunakan butter.

Tips untuk hilangkan hanyir kambing: Rendam 5 ke10 minit dengan air perahan limau. Kemudian ketuk lembut kambing supaya daging tidak keras, perapan pun meresap. Guna lesung batu je pun boleh.

Kredit resepi: https://www.facebook.com/groups/MasakApaHariNiMAHN.my/permalink/3530316007291690

Jom dapatkan barangan dapur yang BERKUALITI di - https://shop.icookasia.com/

#KambingBakar #ResepiKambing #KambingGrill

Want to be featured in our video? email us at [email protected]
----------------------------------------
Visit iCookAsia for more recipes: http://icookasia.com for more recipes.
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
--------------------
for advertising enquiries, please email to: [email protected]