Try Masak Maggi Goreng Guna Sambal Nyet Khairulaming? Sedap ke? | iCookAsia
Biasa orang beli Sambal Nyet daripada @Khairulaming ni, buat makan dengan Ayam Goreng biasa dan nasi putih je kan? Kali ni, kita nak Try Masak guna Sambal Nyet ini untuk masakan, iaitu Maggi Goreng Sambal Nyet. Buat yang suka makan pedas, mesti suka resepi ni.

RESEPI MAGGI GORENG SAMBAL NYET KHAIRULAMING

Bahan-bahan:
Ayam (bahagian Isi)
Udang secukupnya
2 sudu besar Kicap manis
½ sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap sotong/Sos Ikan
Lobak merah secukupnya
2 bungkus Maggi
1 ½ sudu besar Sambal Nyet
Sayur Sawi (Ikut nak letak sayur apa pun, ikut suka)
Serbuk perasa

Cara membuat:
1. Masukkan isi ayam dan udang. Boleh letak isi yang lain mengikut citarasa anda sendiri.
2. Kemudian, masukkan kicap manis. Tak perlu banyak sangat.
3. Masukkan Sos tiram dan kicap sotong. Api sederhana.
4. Masukkan carrot jika suka.
5. Kemudian, masukkan maggi yang telah direbus.
6. Sekarang ini, kita masukkan Sambal Nyet ni. Buat yang tak makan pedas, boleh letak sedikit sahaja.
7. Masukkan sayur bayam.
8. Akhir sekali, baru masukkan serbuk perasa.

#SambalNyet #Khairulaming #MaggiGoreng

Want to be featured in our video? email us at [email protected]
----------------------------------------
Visit iCookAsia for more recipes: http://icookasia.com for more recipes.
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
--------------------
for advertising enquiries, please email to: [email protected]