Resepi Kari Kepala Ikan Yang Sedap. Buat Kuah Pekat, Memang Padu! | iCookAsia
Buat peminat masakan Kari, anda patut sekali sekala cuba untuk buat resepi Kari Kepala Ikan ini. Memang menaikkan selera betul tengok hidangan ini. Lebih-lebih lagi dibuat Kuahnya pekat. Memang padu betul resepi daripada Chef Man ini. Jom cuba!

RESEPI KARI KEPALA IKAN

Bahan-bahan:
Kepala ikan merah/jenahak (boleh masukkan juga badannya seketul dua)
5 sb rempah kari ikan
3 sb cili serbuk
2 sb serbuk ketumbar
½ sudu jintan putih
2 sk biji sawi
1 sk halba
1 sb serbuk kunyit

Bahan-bahan kisar:
1 biji bawang besar
3 - 4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
2 inci halia
1 sk serbuk lada hitam
1 biji tomato

Bahan-bahan mayang:
1 labu bawang besar (dimayang halus)
2 biji tomato
3 biji bawang putih
2 biji cili merah atau hijau

3 tangkai daun kari (jangan leraikan)
2 sb asam jawa dan air
Garam secukup rasa
Serbuk perasa dan sedikit gula
Air secukupnya utk kuah
1 cawan Santan SAJI

Bahan rampai:
Terung / kacang bendi
Tomato

Cara membuat:
1. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan mayang dengan halba campur.
2. Setelah agak layu, masukkan cili kisar dan bahan kisar.
3. Masukkan rempah kari ikan, dan daun kari.
4. Masak sehingga hilang bau rempah. Masukkan air jika rempah nampak kering.
5. Setelah rempah masak dan hilang bau, masukkan air asam jawa dan air ikut kepekatan yang disukai. Perasakan dengan garam.
6. Masak sehingga mendidih dan masukkan ikan dan bahan-bahan rampai.
7. Masak sehingga ikan masak sahaja. Perasakan dan sesuaikan mengikut citarasa anda. Sedia untuk dihidang.

Want to be featured in our video? email us at [email protected]
----------------------------------------
Visit iCookAsia for more recipes: http://icookasia.com for more recipes.
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
--------------------
for advertising enquiries, please email to: [email protected]