LIMAU NIPIS MASAK DENGAN CHEF DARI JEPUN? - BURI NO NITSUKE
Ikan Pisang Rebus (Buri no Nitsuke)

Assalaimualaikum. Korang tau tak orang JEPUN pun ada 'Ikan Masak Kicap' versi Jepun? Cara masakannya agak unik, tapi memang sedap. Masakan ini dipanggil Ikan Pisang Rebus atau 'Buri No Nitsuke'. Jom tengok saya belajar utk masak masakan Jepun ini menggunakan bahan-bahan HALAL dari Jepun dengan Master Chef Naoya Kawasaki daripada Sushi Oribe. Beliau juga merupakan Duta Muhibbah Masakan Jepun.

Resepi:

● 2 ketul ikan pisang (buri)
● 1/3 lobak putih (daikon)
● 1 halia
● 250ml sup dashi
● 50ml kicap
● 30g pes miso HALAL
● 120ml mirin HALAL
● 20g gula
● Garam
● Kanji kentang
● Minyak masak

Cara membuat stok Dashi

Bahan-bahan:

1000ml Air (air lembut)
20g rumpai laut Kombu
20g Empingan ikan Bonito
4 sudu besar air (air lembut)

Arahan:

1. Lap permukaan rumpai laut Kombu dengan kain basah yang diperah untuk mengeluarkan kotoran. Masukkan rumpai laut Kombu ke dalam 1000ml air lembut dan panaskan dengan api rendah (300W 160-170℃).
2. Laraskan api supaya tidak mendidih. (Kira-kira 10 minit)
3. Apabila rumpai laut Kombu menjadi lembut, keluarkan dari periuk. Kuatkan api (1300W 190-200℃). Bila dah mendidih, tambah air (4 sudu besar) untuk berhenti mendidih.
4. Masukkan semua empingan ikan Bonito sekaligus. Apabila mula mendidih, tutup api.
5. Apabila empingan ikan Bonito hampir tenggelam, buang buih dan tapis perlahan-lahan dengan tuala kertas. (Jangan memerah sekuat-kuatnya)

1 sudu besar=15ml / 1 sudu teh=5ml

Untuk dapatkan lebih banyak resipi masakan Jepun, sila layari https://greatingredientsfromjapan.com/malaysia/

#greatingredientsfromjapan #MAFF