Resepi Kari Kapitan Ayam Yang Mudah. Hidangan Klasik Kaum Peranakan Penang | iCookAsia
Ada yang belum pernah rasa hidangan Kari Kapitan Ayam ini? Asyik masak ayam goreng biasa je kan. Jom kali ini kita cuba Kari Ayam Kapitan, resepi daripada Chef Lin. Resipi klasik yang popular pada komuniti Peranakan ini sangat sedap dan mudah untuk dimasak.

RESEPI KARI KAPITAN AYAM

Bahan-bahan:
1 kg potongan ayam
2 sudu besar rempah kari
Garam secukup rasa

Bahan Kisar:
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 biji cili merah
2 sudu besar pes cili
3cm lengkuas
1 batang serai
2cm kunyit
3 biji buah keras
1 sudu kecil belacan (jika suka)

Bahan Kuah:
4 sudu besar Minyak Masak SAJI
1 labu bawang besar, dicincang
½ cawan Santan SAJI
1½ cawan air
2 helai daun limau purut, dihiris halus
1-2 sudu kecil gula melaka
2 sudu besar daun ketumbar, dicincang
1-2 sudu kecil jus limau nipis

Cara membuat:
1. Perap ayam, rempah kari dan garam selama 30 minit.
2. Kisar bahan kisar sehingga halus.
3. Panaskan Minyak Masak SAJI, tumis bawang besar.
4. Apabila keperangan, masukkan ayam. Kacau sehingga kering airnya.
5. Tambah bahan kisar, kacau sehingga wangi.
6. Masukkan Santan SAJI, air, garam dan daun limau purut.
7. Apabila mendidih, perlahankan api dan renihkan.
8. Apabila ayam empuk, masukkan gula Melaka, daun ketumbar dan jus limau.
9. Kacau rata, angkat dan hidangkan dengan nasi.

Selamat mencuba!

Jom dapatkan barangan dapur yang BERKUALITI di - https://shop.icookasia.com/

#KariAyam #KariKapitanAyam #Peranakan

Want to be featured in our video? email us at [email protected]
----------------------------------------
Visit iCookAsia for more recipes: http://icookasia.com for more recipes.
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
--------------------
for advertising enquiries, please email to: [email protected]