RESEPI FUSION MELAYU X JEPUN - IKAN SABA & SCALLOP BAKAR DENGAN KUAH PERCIK
Ikan Saba Bakar, Scallop Bakar & Kuah Percik

Assalamualaikum. Korang tau tak 'ikan kembung' Jepun? Ikan ni senang sangat nak jumpa di supermarket yg dikenali sebagai Ikan Saba Mackerel. Rasanya sedikit berlainan dengan Ikan kembung yg biasa kita makan tapi masih boleh digunakan untuk resepi melayu. Kali ni saya, dengan kerjasama MAFF nak share resepi 'Ikan Saba Bakar & Scallop Bakar dengan Kuah Percik' menggunakan bahan-bahan tempatan dan bahan-bahan HALAL dari Jepun. Rasanya sangat sedap!

Resepi:

Bahan-bahan untuk ikan saba bakar dan scallop bakar :

● 2 ekor ikan saba
● 10 scallop (kekapis)
● 2 sudu teh pes miso
● 2 sudu teh madu
● 2 sudu teh kicap
● 2 bawang kecil
● 2 ulas bawang putih
● 3 cili api hijau
● Minyak masak

Bahan-bahan untuk kuah percik :

● 2 bawang merah
● 1 inci halia
● 1/2 inci lengkuas
● 1 sudu teh biji ketumbar
● 2 batang serai
● 1 cawan air
● 2/3 cawan santan
● 1 kulit asam keping
● 1 1/2 sudu besar gula melaka
● 1 sudu teh garam
● 1 sudu besar Cili kisar

Cara memasak ubi keledek :

1. Masak menggunakan ketuhar pada suhu 120℃ selama 40 minit keatas, sehingga lembut.
2. Cucuk ubi keledek dengan lidi bagi memastikan ianya sudah lembut.
3. Apabila menjadi lembut, biarkan ubi keledek di dalam ketuhar selama 15 minit (masak ubi keledek dengan api perlahan supaya ia lebih manis)

Tentang Umami

"Umami" merupakan salah satu rasa teras bersama dengan rasa manis, masam, masin, dan pahit. Ia adalah sumber keenakan masakan Jepun. Ia pada asalnya merujuk kepada asid glutamat dan asid inosinik.

Untuk info lebih lanjut, sila layari
https://greatingredientsfromjapan.com/malaysia/

#greatingredientsfromjapan #MAFF