Pulut Mangga Ala Khairulaming , Guna Rice Cooker Pun Boleh Jadi | iCookAsia
Awal tahun baru ni masih bersemangat nak mulakan azam baru, salah satunya mengamalkan gaya hidup sihat. Tetapi bila sampai bab makanan , azam tahun baru pun hanya tinggal kata-kata. Lebih-lebih lagi dapat Pulut Mangga Ala Khairulaming ni memang takkan dilepaskan. Pencuci mulut yang digemari rakyat Malaysia kerana rasa kemanisan Mangga yag di campur bersama lemak santan dan pulut. Memang sedappp !


Bahan-Bahan :
1 cawan beras pulut
3/4 air
1/2 garam
2 helai daun pandan

1 cawan santan
1 cawan air
2 helai daun pandan
3 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu tepung jagung (dicampur air)

Cara Menyediakan :
1. Masukkan pulut,air , garam dan dan pandan ke dalam periuk.
2. Kemudian biarkan masak seketika.
3. Bagi Sos Santan pula, Masukkan Santan,Air, Daun Pandan.Kemudian gaul sehingga sebati dan biarkan ia mendidih.
4. Letakkan gula ke dalam sos santan dan kacau sehingga sebati.
5. Kemudian, letakkan garam secukup rasa dan kacau sehingga sebati.
6. Masukkan tepung jagung yang dicampur sedikit air ke dalam Sos Santan untuk menambahkan kepekatan sos.
7. Apabila Rice cooker dalam keadaan mode Warm, gaulkan pulut seketika. Ambil sos santan dan tuangkan sedikit ke dalam pulut.
8. Tutup Rice Cooker dan biarkan dalam 30 minit. Kemudian buka penutup.
9. Pulut anda sudah siap dan boleh dihidangkan dengan mangga.

Selamat mencuba !

Jom dapatkan barangan dapur yang BERKUALITI di - https://shopee.com.my/icookasia.shop

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik - https://t.me/icookasiacommunity

Want to be featured in our video? email us at [email protected]
----------------------------------------
Visit iCookAsia for more recipes: http://icookasia.com for more recipes.
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
--------------------
for advertising enquiries, please email to: [email protected]