Hidangan Nasi Yan Yang Dengan Sup Emas, Enak Dan Berkhasiat Untuk Dicuba | iCookAsia
Teringin makanan yang enak dan mengenyangkan tapi berkhasiat? Resepi Nasi Yan Yang Dengan Sup Emas atau Golden Seafood Rice Soup ini merupakan menu yang lengkap dengan protein dan sayur. Sangat sesuai untuk dibuat pada musim Chinese New Year ini.

Hidangan sedap, hati pun senang!

Resepi:

Bahan-bahan:
100g labu kukus
100g udang
100g sotong
50g kacang pis
300g nasi
50g lobak
50g cendawan
Minyak Masak SAJI
1 sudu besar Sos Tiram SAJI
1 sudu besar Kicap Masin SAJI
¼ sudu kecil Garam Gunung SAJI
¼ sudu kecil Gula SAJI
¼ sudu kecil lada putih
¼ sudu kecil minyak bijan

Cara membuat:
1. Goreng nasi putih bersama Minyak Masak SAJI hingga keemasan.
2. Masukkan minyak bijan, Sos Tiram SAJI dan Kicap Masin SAJI. Seterusnya, masukkan bahagian air dan labu kukus.
3. Masukkan nasi nasi putih, sotong, udang, lobak merah, kacang pis dan cendawan. Masak selama 2 minit.
4. Taburkan Garam Gunung Putih SAJI dan lada putih.
5. Akhir sekali, tuangkan nasi goreng rangup ke atasnya. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

Jom dapatkan barangan dapur yang BERKUALITI di - https://www.icookasia.shop/

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik - https://t.me/icookasiacommunity

#icookasia #cny2022 #goldenseafoodricesoup

Want to be featured in our video? email us at [email protected]
----------------------------------------
Visit iCookAsia for more recipes: http://icookasia.com for more recipes.
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
--------------------
for advertising enquiries, please email to: [email protected]