Try Masak Potato Bubbles, Mudah Dan Boleh Buat Untuk Kudapan | iCookAsia
Pernah dengar Potato Bubbles? Jom kita cuba, dengan rasa nya yang sedap digandingkan dengan sos kegemaran anda, memang mantap rasanya. Bukan itu sahaja, tambah pula dengan kerangupannya. Sesuai untuk dijadikan kudapan ni.

Resepi:

Air
Garam
5 biji kentang
1 sudu kecil blackpepper
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung

Cara membuat:
1. Mula-mula, sediakan air rebusan kentang dan letakkan 1 sudu besar garam.
2. Biarkan air dalam keadaan suam dan letakkan 5 biji kentang yang telah dipotong dan biarkan ia masak selama 30 hingga 35 minit.
3. Seterusnya, tapis kentang tersebut dan lenyekkan sehingga hancur.
4. Masukkan 1 sudu kecil garam dan 1 sudu kecil blackpepper.
5. Masukkan 2 sudu besar tepung gandum dan 1 sudu besar tepung jagung. Kemudian, uli kan doh sehingga sebati dalam 5 hingga 7 minit.
6. Ambil doh tersebut dan uli sehingga memanjang dan potong sebesar saiz ibu jari.
7. Boleh bentukkan potato tersebut dalam bentuk petak atau mengikut kesukaan masing-masing.
8. Sediakan minyak dan goreng kentang tersebut sehingga garing dengan api yang sederhana.
9. Apabila sudah siap goreng, angkat dan tapis. Letakkan sedikit garam dan hidangkan bersama sos.

Selamat mencuba!

Jom dapatkan barangan dapur yang BERKUALITI di - https://www.icookasia.shop/

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik - https://t.me/icookasiacommunity

#icookasia #potatobubbles #resepikudapan

Want to be featured in our video? email us at [email protected]
----------------------------------------
Visit iCookAsia for more recipes: http://icookasia.com for more recipes.
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
--------------------
for advertising enquiries, please email to: [email protected]