Buat Resepi Tauhu Masak Dengan Kuah Emas, Sedap Dan Menyelerakan | iCookAsia
Siapa di sini suka makan tauhu? Jadi, anda mesti cuba tau hidangan yang sangat menyelerakan ini, Tauhu Masak Dengan Kuah Emas. Yang penting, rasa nya sedap. Boleh pelbagaikan masakan tauhu selepas ini.

Terliur ke? Jom kita cuba.

Resepi:

Bahan-bahan:

100g Labu Kukus
100g Udang
100g Sotong
50g Kacang Pis
200g Tauhu
50g Lobak Merah
50g Cendawan
Minyak Masak SAJI, untuk menggoreng

Bahan-bahan perasa:

½ spoon Sos Tiram SAJI
½ spoon Kicap Lemak Masin SAJI
¼ tsp Garam Gunung SAJI
¼ tsp Gula
¼ tsp Lada Putih
¼ tsp Minyak Bijan

Cara membuat:
1. Goreng tauhu dengan Minyak Masak SAJI sehingga kuning keemasan. Ketepikan.
2. Masukkan minyak bijan, Sos Tiram SAJI dan Kicap Lemak Masin SAJI. Kemudian masukkan air dan labu kukus.
3. Masukkan sotong, udang, lobak merah, kacang pis dan cendawan. Masak selama 2 minit.
4. Kemudian, masukkan Garam Gunung SAJI, gula dan lada putih. Campurkan air bersama tepung jagung dan masukkan ke dalam kuah. Masak hingga likat.
5. Akhir sekali, tuang kuah ke atas tauhu. Siap untuk dimakan!

Selamat mencuba!

Jom dapatkan barangan dapur yang BERKUALITI di - https://www.icookasia.shop/

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik - https://t.me/icookasiacommunity

#icookasia #cny2022 #tauhumasakdengankuahemas

Want to be featured in our video? email us at [email protected]
----------------------------------------
Visit iCookAsia for more recipes: http://icookasia.com for more recipes.
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
--------------------
for advertising enquiries, please email to: [email protected]