Penggemar Ayam Mesti Cuba Resepi Chicken Lollipop Ini, Mudah Dan Sedap! | iCookAsia
Mesti ramai yang suka makan ayam kan? Boleh lah cuba hidangan Chicken Lollipop ini, confirm boleh buat terliur. Tak cukup makan satu.

Resepi:

Bahan-bahan:

Bahan A:
Ayam
1 1/2 cawan susu segar
1 sudu besar jus lemon
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil lada
2 cawan tepung
2 biji telur
2 cawan serbuk roti

Bahan B:
½ cawan thai sos
Cili sos
Serpihan chili flakes
1 sudu kecil bawang putih kisar

Cara membuat:
11. Mula-mula, bersihkan ayam yang akan digunakan.
2. Kemudian, masukkan satu setengah cawan susu segar ke dalam satu mangkuk.
3. Masukkan 1 sudu besar jus lemon ke dalam mangkuk yang sama.
4. Seterusnya, masukkan 1 sudu kecil garam, 1 sudu kecil lada dan kacau hingga sebati.
5. Ambil ayam yang telah dibersihkan tadi dan masukkan ke dalam adunan tadi.
6. Balutkan mangkuk tersebut dengan wrapping plastic secara kemas seperti di dalam video.
7. Ambil ayam yang telah dicampurkan dengan adunan tadi dan salutkan ayam dengan tepung, telur dan serbuk roti.
8. Panaskan minyak dan gorengkan ayam tersebut sehingga kelihatan garing.
9. Setelah kelihatan garing, angkat ayam yang telah siap digoreng.
10. Untuk sos, masukkan ½ cawan sos Thai dan sedikit air dalam kuali yang sama. Gaulkan.
11. Masukkan cili sos dan gaul sedikit secara perlahan.
12. Apabila sudah menggelegak, masukkan 1 sudu kecil bawang putih kisar.
13. Masukkan pula serpihan cili flakes dan gaulkan ia.
14. Akhir sekali, letakkan ayam yang telah digoreng ke dalam kuali tersebut. Gaulkan hingga sebati. Boleh untuk dihidangkan.

Selamat mecuba

Jom dapatkan barangan dapur yang BERKUALITI di - https://www.icookasia.shop/

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik - https://t.me/icookasiacommunity

#icookasia #chickenlollipop #resepiayam

Want to be featured in our video? email us at [email protected]
----------------------------------------
Visit iCookAsia for more recipes: http://icookasia.com for more recipes.
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
--------------------
for advertising enquiries, please email to: [email protected]