Resepi Masak Lemak Labu, Masakan Ala Kampung Pembuka Selera
Masak lemak labu yang memang mantap kalau dihidangkan sekali dengan sambal belacan dan ikan goreng. Rugi kalau tak cuba!

Resepi:

Bahan-bahan
1 kg labu, dikupas dan dipotong menjadi segi empat sama. Seterusnya, rendam labu dengan air yang secukupnya.
3 biji bawang merah, dikupas dan dicincang halus
4 ulas bawang putih, dikupas dan dicincang halus
1 sudu besar udang kering perlu dibasuh, direndam dan ditoskan (pilihan)
1 cawan santan segar dan 1/2 cawan air atau 1 cawan Santan Saji dan, 3/4 cawan air
1 helai daun kunyit, dihiris panjang dalam 3 cm
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Masukkan labu ke dalam periuk dengan air yang secukupnya. Biarkan air mendidih dan masak selama 5 minit. Kemudian, toskan.
2. Masukkan bahan lain ke dalam periuk dan masak dengan api perlahan sehingga labu empuk. Kacau secara berterusan untuk mengelakkan pecah minyak.
3. Masukkan garam secukup rasa.

Selamat mecuba

Jom dapatkan barangan dapur yang BERKUALITI di - https://www.icookasia.shop/

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik - https://t.me/icookasiacommunity

#icookasia #masaklemaklabu #resepikampung


Want to be featured in our video? email us at [email protected]
----------------------------------------
Visit iCookAsia for more recipes: http://icookasia.com for more recipes.
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
--------------------
for advertising enquiries, please email to: [email protected]