Nasi Minyak Yang Istimewa Untuk Hari Raya! | iCookAsia
Best juga kalau hidangkan nasi minyak untuk Hari Raya kan. Mesti bertambah-tambah tetamu yang datang.

Jom try!

Bahan-bahan

3 sudu besar Minyak Zaitun Tulen Colavita
300g beras Basmathi, rendam 15 minit & bilas
2 helai daun pandan, potong 2 inci
500ml air
60ml susu sejat
2 sudu kecil garam
10 tangkai daun pudina
Sedikit titis pewarna kuning
12 biji telur puyuh rebus
½ cawan bawang merah goreng rangup
½ cawan kismis emas
½ cawan kacang gajus panggang

Bahan A
4 biji bawang merah, dihiris
4 ulas bawang putih, dihiris
1 inci halia, dihiris nipis
1 batang kayu manis
bunga lawang 4
4 biji cengkih

Kaedah
1. Panaskan Colavita Pure Olive Oil, tumis bahan A hingga naik bau.
2. Masukkan beras, daun pandan, air, susu sejat dan garam.
3. Apabila bahagian atas kelihatan kering, taburkan daun pudina dan pewarna kuning.
4. Tutup dan masak dengan api yang sangat perlahan selama 10 minit.
5. Kemudian kacau perlahan-lahan nasi dengan garfu. Tutup api dan tutup selama 5 minit lagi.
6. Hidangkan bersama telur puyuh, bawang merah goreng rangup, kismis dan kacang gajus.

Jom dapatkan barangan dapur yang BERKUALITI di - https://www.icookasia.shop/

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik - https://t.me/icookasiacommunity

#icookasia #food #hariraya #ramadan

Want to be featured in our video? email us at [email protected]
----------------------------------------
Visit iCookAsia for more recipes: http://icookasia.com for more recipes.
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
--------------------
for advertising enquiries, please email to: [email protected]