Penggemar Kuih Tradisional Wajib Singgah Sini!
Kueh Cafe merupakan salah satu tempat makan yang mendapat sambutan orang ramai. Terdapat pelbagai jenis kuih-muih tradisional yang ada di Kueh Cafe. Bukan itu sahaja, kueh cafe juga turut menjual makanan yang istimewa dan berasaskan melayu seperti lempeng, roti jala, nasi lemak dan bubur pulut hitam.

Tidak lupa juga, suasana di dalam cafe sangat santai dan sesuai untuk lepak dan berdiskusi bersama kawan-kawan dan keluarga. Jadi, kepada sesiapa yang gemarkan makanan tradisional boleh singgah di Kueh Cafe.