Peliknya Nama ? Kuih Tradisi Orang Muor Yang Wajib Anda Cuba! | iCookAsia
Negeri Johor yang dikenali dengan destinasi pelancongannya yang penuh dengan tempat bersejarah dan menarik malah turut terkenal dengan keunikan budaya masyarakatnya. Tidak lupa juga, setiap negeri pasti mempunya kuih tradisi yang tersendiri. Begitu juga Negeri Johor.

Jambal Kunto yang berasal daripada perkataan jawa merupakan sejenis makanan yang begitu popular di daerah Muar di mana jambal membawa maksud makan manakala kunto pula kuih dan apabila ia digabungkan bermaksud makan kuih.

Kuih ini sangat unik kerana ia dibuat dari bahan yang tidak rumit seperti tepung gandum, gula, garam dan serbuk penaik. Jadi, kepada sesiapa yang pergi ke Batu Pahat, jangan lupa cuba Jambal Kunto di Parit Jawa tau. Kalau sesiapa yang nak cuba kena pergi awal sebab memang cepat habis.