Resepi Bubur Saji Bersantan, Rasa Lemak Buat Ramai Orang Lebih Suka!
Bubur kosong mungkin sudah biasa atau ditambah ayam atau ikan. Tapi, bubur kali ni lagi istimewa kerana ditambah khasiat santan. Memang sedap berlemak. Resepi paling ringkas ini bukan sahaja tinggi khasiat malah menariknya rasa lemak buat anak lebih suka!

Bahan-bahan:
1 cawan Beras Super Import SAJI (cuci dan rendam seketika)
1500 liter air
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar udang kering
1 sudu kecil lada hitam
150 gm lobak merah (dipotong dadu)*
2 biji buah pelaga*
2 biji bunga lawang*
2 cm kulit kayu manis*
½ sudu kecil jintan manis*
2 tangkai daun sup (dipotong kecil)*
2 tangkai daun bawang (dipotong kecil)*
10 ekor udang sederhana besar (dibuang kulit)*
1 kiub stok ayam*
100 ml Santan Kelapa SAJI*
Garam Gunung Himalaya SAJI
Gula

Bahan hiasan (bawang goreng):
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Daun bawang (hirisan)

Cara membuat:
1. Kisar atau tumbuk bawang merah, bawang putih, udang kering dan lada hitam.
2. Masak beras bersama air dan bahan tumbuk sehingga beras kembang.
3. Masukkan bahan bertanda * dan gaul sebati.
4. Masak sehingga menjadi bubur. Perasakan dengan garam dan gula. Masak sehingga bubur dan bahan lain sudah masak.
5. Masukkan bubur ke dalam mangkuk dan taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun bawang. Sedia untuk dihidang.

Jom dapatkan barangan dapur yang BERKUALITI di - https://www.icookasia.shop/

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik - https://t.me/icookasiacommunity

#icookasia #food #recipe #porridge

Want to be featured in our video? email us at [email protected]
----------------------------------------
Visit iCookAsia for more recipes: http://icookasia.com for more recipes.
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
--------------------
for advertising enquiries, please email to: [email protected]