Resepi Acar Rendang Daging Sesuai Dihidangkan Dengan Nasi Minyak Dan Nasi Tomato | iCookAsia
Jom cuba resepi Acar Rendang Daging! Memang sedap kalau dihidangkan sekali dengan Nasi Minyak dan Nasi Tomato.

Bahan-bahan
300g daging tenderloin
4 sudu besar Minyak Zaitun Extra Virgin Colavita
1 helai daun kunyit kecil, dihiris halus
1 lobak merah, potong memanjang
¾-1 cawan air
3 sudu besar bijan, panggang

Bahan B
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 sudu besar pes cili
2 sudu besar rempah cincang

Bahan-bahan C
1 biji timun, potong batonnet
2 biji cili merah, belah empat
2 biji cili hijau, belah empat
1 biji bawang besar, dipotong dadu ½ inci
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar cuka
2-3 sudu besar gula perang
1 sudu kecil garam

Cara-cara memasak
1. Kisarkan B hingga lumat. Ketepikan
2. Sapukan daging lembu dengan 1 sudu besar Colavita Extra Virgin Olive Oil.
3. Dalam kuali, panggang daging lembu di kedua-dua belah sehingga masak.
4. Letakkan di atas foil, taburkan daun kunyit dan bungkus daging lembu.
5. Panaskan baki Minyak Zaitun Extra Virgin Colavita, tumis B hingga naik bau.
6. Masukkan lobak merah dan air secukupnya. Apabila lobak merah empuk, masukkan C.
7. Kacau hingga sebati. Tambah lebih banyak air jika perlu.
8. Potong daging lembu dan gaul rata.
9. Taburkan bijan dan daun kunyit kemudian hidangkan.

Jom dapatkan barangan dapur yang BERKUALITI di - https://www.icookasia.shop/

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik - https://t.me/icookasiacommunity

#icookasia #food #malaysiancuisine #recipe

Want to be featured in our video? email us at [email protected]
----------------------------------------
Visit iCookAsia for more recipes: http://icookasia.com for more recipes.
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
--------------------
for advertising enquiries, please email to: [email protected]