Lemang Daun Lerek Greenwood Antara Lemang Legend Dekat Kuala Lumpur | iCookAsia
Siapa kata lemang hanya boleh makan waktu Hari Raya sahaja ? Zaman sekarang ini lemang pun ada disediakan waktu bukan Hari Raya tau. Sesiapa yang teringin nak makan lemang tidak perlu tunggu Hari Raya sahaja. Kali ni, kita bawakan Lemang Daun Lerek yang memang legend di Kuala Lumpur.

Lemang semestinya menjadi pilihan ramai yang sukar untuk ditolak. Jika tiada lemang rasa macam tak cukup hidangan lebih-lebih lagi pada musim Hari Raya. Uniknya lemang di sini mereka tidak menggunakan daun pisang untuk melapik lemang malahan mereka gunakan daun lerek yang diambil dari kampung orang asli.

Penggunaan daun lerek telah menjadi tarikan orang ramai untuk mencubanya. Dengan menggunakan daun lerek untuk melapik lemang, pelanggan tidak perlu membelah buluh dan hanya perlu menarik daun nya sahaja. Mudah bukan?