Resepi Beriani Kambing Gerenti Sedap! | iCookAsia
Beriani Kambing biasanya kita makan waktu kenduri atau musim perayaan sahaja. Paling tidak pun sebulan sekali kita dapat makan beriani kambing di restoran kerana harganya yang agak mahal. Tetapi apa kata, buat sendiri dan nikmati bersama keluarga di hujung minggu. Kalau sekali buat kurang menjadi, kita cuba lagi. ‘Kata orang practise makes perfect. ‘

Bahan-bahan:
Daging kambing 2kg
Minyak sapi
Bahan-bahan kisar
Air 1/4 cawan
Bawang besar 2 biji
Bawang putih 2 ulas
Halia 2 inci
Serai 1 batang
Kunyit hidup 1/2 inci

Serbuk ketumbar 1/2 sudu besar
Serbuk jintan manis 1/2 sudu besar
Sebuk jintan putih 1/2 sudu besar
Yogurt 3 cawan
Air 2 cawan
Tumix ayam 1/2 sudu besar
Bahan perasa Ajinomoto 1/4 sudu kecil

Cara - cara memasak:
1. Mula-mula bakar daging kambing dahulu
2. Kemudian, kisarkan bahan-bahan yang perlu dikisar. Kisar hingga halus.
3. Panaskan minyak kemudian masukkan minyak sapi dan tumis bahan yang telah dikisar tadi.
4. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih . Kacau hingga pecah minyak.
5. Kemudian, masukkan yogurt, air dan daging kambing yang telah dibakar.
6. Masukkan pula tumix ayam dan perasa Ajinomoto. Gaulkan hingga sebati.
7. Boleh dihidangkan.

Jom dapatkan barangan dapur yang BERKUALITI di - https://www.icookasia.shop/

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik - https://t.me/icookasiacommunity

#icookasia #food #foodie #briyanirecipes

Want to be featured in our video? email us at [email protected]
----------------------------------------
Visit iCookAsia for more recipes: http://icookasia.com for more recipes.
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
--------------------
for advertising enquiries, please email to: [email protected]