Nasi Lemak Wanjo, The Best Nasi Lemak in Kampung Baru, Kuala Lumpur | iCookAsia
Siapa suka makan nasi lemak? Rakyat Malaysia mestilah sukakan nasi lemak sebab nasi lemak adalah antara makanan utama di Malaysia. Di Malaysia, ada banyak kedai nasi lemak yang boleh anda pilih. Kali ini, kita pergi ke Nasi Lemak Wanjo di Kampung Baru. Restoran nasi lemak ini merupakan gerai nasi lemak yang terkenal di Kuala Lumpur dan telah beroperasi selama 59 tahun.

Nasi Lemak Wanjo ini terkenal kerana nasi lemak mereka dihidangkan bersama pelbagai lauk yang boleh anda pilih. Antaranya, nasi lemak paru, nasi lemak bergedil, nasi lemak tempe, nasi lemak sambal sotong dan nasi lemak ayam sambal. Jadi, kalau belum pernah cuba nasi lemak Wanjo, boleh pergi ke Kampung Baru.