Resepi Burnt Santan CheeseCake, Lembut Dan Gebu. Mudah Je Nak Buat! | iCookAsia
Kalau nak makan cheescake, boleh cuba resepi ini tau. Senang je nak buat resepi ini. Pastikan kena ikut sukatan yang betul dan tepat, barulah jadi kek anda nanti!

Bahan-bahan:
500g krim keju (cream cheese)
225g gula kastor
4 biji telur gred A
50g Krim Kelapa SAJI
200g krim putar tenusu (dairy whipped cream)
30g tepung gandum

Cara membuat:
1. Putar cream cheese dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul sebati.
3. Masukkan Krim Kelapa SAJI dan kacau sebati.
4. Masukkan krim putar dan putar lagi.
5. Tambahkan tepung gandum dan kacau sebati.
6. Lapikkan tapak dan keliling loyang kek dgn kertas alas.
7. Tapis adunan ke dalam loyang bulat 8 inci. Bakar suhu 220°c selama 30 minit menggunakan api atas bawah sehingga permukaan atas kek bertukar coklat kehitaman.
9. Sejukkan sekejap dan boleh hias kek mengikut citarasa anda.

Jom dapatkan barangan dapur yang BERKUALITI di - https://www.icookasia.shop/

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik - https://t.me/icookasiacommunity
Want to be featured in our video? email us at [email protected]
----------------------------------------

Visit iCookAsia for more recipes: http://icookasia.com for more recipes.
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
--------------------
for advertising enquiries, please email to: [email protected]