Famous Murtabak at Kampung Baru, KL | Murtabak Penuh Dengan Inti Daging ! | iCookAsia
Siapa kata murtabak popular waktu bulan puasa sahaja? Murtabak pun boleh dinikmati bila-bila masa sahaja dan ia merupakan makanan yang popular di kalangan orang Malaysia. Kalau teringin nak makan murtabak boleh singgah Yati Murtabak dekat Kampung Baru. Mereka menjual murtabak yang beku, di mana anda boleh menggorengnya di rumah sendiri dan boleh di makan bila-bila masa sahaja.

Selain dari murtabak, mereka juga menjual popia murtabak. Popia mereka memang ranggup dan isinya juga padat dengan daging. Memang sesuai sangat untuk dijadikan hidangan minum petang. Jangan lupa singgah Yati Murtabak kalau pergi ke Kampung Baru.