Resepi Sirap Passion Punch | iCookAsia
Sedap dan menyegarkan betul air Sirap Passion Punch ni. Kalau panas-panas dapat minum air macam ni, sedap juga kan? Nak buat resepi ni pun mudah sahaja.

Resepi:

Bahan-bahan:
½ cawan Kordial Berperisa Ros SAJI
½ cawan buah markisa
2 biji limau nipis (jus dan kulit)
400ml air soda
1 sudu kecil Garam Gunung SAJI
Kiub ais
Daun pudina atau bunga (hiasan)

Cara membuat:
1. Dalam satu jag, campurkan Kordial Berperisa Ros SAJI dengan ais.
2. Masukkan buah markisa, kulit dan jus limau, Garam Gunung SAJI dan air soda. Kacau hingga sebati.
3. Tuangkan ke dalam gelas, tambahkan buah markisa. Hiaskan dengan daun pudina atau bunga. Sedia untuk dihidang.

Jom dapatkan barangan dapur yang BERKUALITI di - https://www.icookasia.shop/

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik - https://t.me/icookasiacommunity

#icookasia #resepi #sirap

Want to be featured in our video? email us at [email protected]
----------------------------------------
Visit iCookAsia for more recipes: http://icookasia.com for more recipes.
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
--------------------
for advertising enquiries, please email to: [email protected]