Apa Yang Best Dekat MAHA 2022 di MAEPS, Serdang ? | iCookAsia
Tahun ini MAHA 2022 diadakan di Maeps, Serdang. Bertemakan Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan, MAHA 2022 kali ini akan berlangsung selama 11 hari iaitu dari 4 sehingga 14 Ogos ini. MAHA kali ini lebih meriah berbanding sebelumnya kerana lebih dari 1, 500 booth pameran dan jualan menanti para pengunjung. Di MAHA 2022, terdapat beberapa bahagian untuk kunjungan orang ramai seperti Agro Trade, Laman Padi dan Pavilion Negeri. Jadi, kali kami terjah Pavilion Negeri untuk menikmati makanan tradisi negeri - negeri di Malaysia.