Try Masak Resepi Che Nom, Resepi Kek Batik Tanpa Telur. 15 Minit Siap Dah Kek Batik!
Kek batik adalah dessert yang sangat sesuai dihidangkan bila-bila masa pun. Ada 2 jenis resipi kek batik iaitu menggunakan telur atau tanpa telur. Kek batik memang mudah sangat nak buat tapi kena tahu juga sukatan yang tepat dan betu. Ada orang suka ranggup sedikit ada orang suka lembut sedikit. Kali ni, min try buat Kek Batik dari Resepi Che Nom. Jom kita tengok jadi ke tak.

Resepi:
1 pek biskut Marie
250g mentega/butter
200g serbuk Milo
3 sudu besar serbuk koko, ayak
3/4 tin susu pekat

1. Lapik loyang dengan kertas parchment atau kertas baking supaya apabila sejuk nanti mudah dikeluarkan. Che Nom guna loyang berukuran 8"x8".
2. Potong butter kepada kiub. Panaskan butter di dalam periuk dan di atas api sederhana sehingga cair.
3. Masukkan serbuk milo, susu pekat dan serbuk koko. Kacau sehingga pekat sebati.
4. Susun biskut Marie dalam loyang kemudian sendukkan adunan coklat dan sapu rata sebagai lapisan atas.
5. Susun berselang seli lapis biskut Marie dan adunan coklat sehingga habis.
6. Sejukkan di dalam peti ais semalaman. Keluarkan dan potong untuk dihidangkan.

Jom dapatkan barangan dapur yang BERKUALITI di - https://shop.icookasia.com/

#iCookasia #kekbatik #chenom

Want to be featured in our video? email us at [email protected]
----------------------------------------
Visit iCookAsia for more recipes: http://icookasia.com for more recipes.
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
--------------------
for advertising enquiries, please email to: [email protected]