Resepi Gulai Kawah Daging Versi Moden | iCookAsia
Sedapnya kalau boleh makan gulai daging kawah. Tapi susah betul nak cari, biasanya bila majlis kenduri saja baru boleh jumpa lauk special ni. Apa kata kita cuba masak gulai kawah daging versi moden dekat rumah. Boleh tambah banyak-banyak kalau makan dekat rumah

Bahan-bahan:
1.5 kg, Daging lembu
300 ml, Air
½ cawan, Minyak masak
50 ml, Minyak sapi
2 biji, Kulit kayu manis
3 biji, Bunga lawang
4 biji, Bunga cengkih
3 biji, Buah pelaga
2½ biji, Bawang besar, dihiris
4 sudu besar, Cili kisar
4 sudu besar, Rempah gulai daging
500 ml, Santan
4 biji, Ubi kentang, dikupas kulit dan dipotong 4
3 sudu besar, Gula melaka
4 keping, Asam keping
2 sudu besar, Kerisik
2 sudu besar, TUMIX® Perencah Pati Ayam
1 sudu kecil, AJI-NO-MOTO®

Bahan-bahan (A): dikisar
3 biji, Bawang besar
4 biji, Bawang putih
1 inci, Halia
1 inci, Lengkuas
1 inci, Kunyit hidup
1 cawan, Air

Cara menyediakan:
1) Masukkan daging dan air ke dalam periuk dan rebus sehingga empuk. Boleh tambah air jika perlu. Ketepikan dan simpan air rebusan.
2) Panaskan minyak dan minyak sapi di dalam kuali, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga sehingga naik bau, masukkan bahan kisar (A) dan tumis sehingga kekuningan.
3) Masukkan bawang besar, cili kisar, dan rempah gulai daging, tumis sehingga terbit minyak.
4) Masukkan daging, air rebusan daging, santan, kentang, gula melaka dan asam keping. Gaul rata.
5) Masukkan kerisik dan perasakan dengan TUMIX® dan AJI-NO-MOTO®, kacau rata dan biarkan mendidih dan sedikit pekat.
Sedia untuk dihidang.

Jom dapatkan barangan dapur yang BERKUALITI di - https://www.icookasia.shop/

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik - https://t.me/icookasiacommunity

Want to be featured in our video? email us at [email protected]
----------------------------------------
Visit iCookAsia for more recipes: http://icookasia.com for more recipes.
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
--------------------
for advertising enquiries, please email to: [email protected]