Kuih Bahulu Panas Sabut Kelapa Imbau Nostalgia Bahulu Tradisi | iCookAsia
Kuih bahulu adalah antara kuih tradisional yang sentiasa menjadi pilihan masyarakat, baik semasa perayaan, majlis keraian mahupun sebagai ‘peneman’ kopi atau teh ketika minum petang.

Resepi kuih bahulu sangat mudah kerana hanya menggunakan tiga bahan iaitu telur, tepung dan gula. Namun demikian, cara membuatanya agak renyah dan perlukan kesabaran kerana adunan perlu dipukul dalam tempoh yang lama sebelum dibakar.

Zaman moden ini memang sukar nak jumpa bahulu yang dibakar menggunakan cara tradisional seperti sabut dan kayu arang kerana terdapat banyak produk kuih baulu yang dibakar dalam ketuhar di pasaran. Namun pembuatan kuih secara tradisional tetap mempunyai penggemarnya tersendiri.

Manakan tidak, kuih bahulu yang dibakar menggunakan kayu api dan sabut mempunyai aroma keenakan yang sukar digambarkan dalam kalangan penggemarnya.

Kali ni, min terjah satu kampung di Sijangkang di Banting untuk melihat proses Kuih Bahulu dibuat.